Monday, July 23, 2007

NOSTALGIA TAHUN 50an ..... PAK NOR , minda kelas pertama


Langkah2 yang diambil oleh Pak Nor untuk memerdekakan negara adalah merupakan cara minda kelas pertama dari masyarakat kelas ketiga.Cara minda kelas pertama mempersediakan anak negeri supaya mempunyai pelajaran.Dengan pelajaran saja dapat memaintainkan kemerdekaan yang dicapai nanti. Kemerdekaan akan runtuh kiranya anak negeri tidak mempunyai pelajaran. Pelaburan Pak Nor cukup berhasil kerana sudah beberapa orang anak didiknya telah lulus senior cambridge. Aziz Pak Wahab telah diberi biasiswa belajar di Portmouth England.Aziz digelar sebagai 'the golden boy ' oleh pendidik2nya di Kolej.Rahman Che Ngah dimasukkan ke depot polis sebagai kadet ASP , begitu juga Md.Noh Hammad.Baharom pula di terima sebagai penolong Enjineer.Shahnon pula menjadi pegawai kadet di Port Dickson.
Begitu juga Suid dan Mezah menjadi pegawai kadet.Johng Kaseng pula dapat peluang ke Brinsford Lodge England untuk dilatih sebagai pendidik. Hanafiah melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Yang lainnya menjadi pendidik di beberapa tempat dalam negara.Majid , Kareng dapat peluang menjadi guru bahasa inggeris di sekolah melayu.Ca dapat peluang mengajar di Sekolah Inggeris Sik yang baru dibina di kampong Dusun.Di sinilah Ca mendapat peluang bergaul dengan Syed Bakar dengan lebih dekat.


Program mengisi kemerdekaan oleh Pak Nor dengan menghantar anak2 muridnya kesekolah Inggeris adalah lebih berkesan dari beberapa tokoh setempat dengan ke hulu ke hilir dengan propaganda ideologi tersendiri.Kegiatan mereka menampakan perpecahan dalam masyarakat.
Hasil Pak Nor ternampak jelas dari hari ke sehari. Alwi dapat membuat ijazah akaun di Amerika ,begitu juga Zeming dapat melanjutkan pelajarannya di Kanada. Puak2 yang bergesel dengan parti pilihan mereka bergaduh tak habis2 dan cukup mengkerohkan suasana. Masyarakat menjadi tak terarah dan bukan senang nak menyusun semula supaya lebih ideal .Pergaduhan akan muncul tak habis2 dan ternampak tidak kesudahannya. Masing2 bermain dengan emosi sendiri-sendiri. Oleh itu jasa Pak Nor adalah lebih hebat dan orang yang dikelas pemikiran kelas tiga tak akan nampak kehebatan idea kelas pertama Pak Nor.Pengisian kemerdekaan adalah lebih penting dari segala2nya.


Malam itu cuaca cukup baik. Bulan menerangi alam,cerah meliputi keseluruhan kawasan.Burung hantu begitu riang berbunyi di segenap penjuru , merindui bulan tergantung tinggi di langit.Didapati sekumpulan masyarakat beramai2 bergerak ke rumah Pak Nor.Sambil berjalan sambil bergebang bermacam2 cerita....ceritanya tak lain tak bukan hanya tentang kegembiraan mereka di atas kejayaan anak2 mereka . Mereka gembira kerana nasihat Pak Nor membuahkan hasil. Mereka cukup bersyukur kerana segala impian mereka termakbul.Mereka dijemput naik ke rumah apabila saja tiba di rumah Pak Nor . Pak Nor baru saja selesai makan malam. Hampir separuh malam mereka berbual.Perbualan mereka bukanlah kisah2 politik yang gamat dipercakapkan .......tentang kemerdekaan dan parti2 politik berkenaan.Perbualan mereka ditumpukan kepada didikan anak2 dan pelajaran. Pak Nor memberi nasihat kepada mereka tentang pengisian kemerdekaan.Kemerdekaan tanpa pengisian yang berkesan akan musnah . Lebih2 lagi diawalnya lagi sudah nampak perpecahan antara puak2 mereka. Tanpa ilmu, kemerdekaan tidak akan kekal. Pak Nor memberi briefing yang panjang dan berkesan.Dia memberi contoh sejarah sejak dari Melaka lagi,disamping itu disematkan dengan cerita2 pelarian masyarakat Melayu dari Pattani. Pak Nor cukup mahir tentang sejarah dunia.Dia memberi contoh2 sejarah dari Barat dan sebagainya. Semua terpegun mendengar hujjah2 yang disampaikan Pak Nor.
PakNor juga cukup berterima kasih kerana para waris semua sudi mendengar nasihatnya dulu menghantar anak2 ke sekolah Inggeris.Pak Nor juga mengumumkan kepada mereka bahawa pada bulan puasa depan beliau akan ke Mekah menunaikan Haji.
Dan selepas kembalinya nanti dia akan bersara dan calon yang akan menggantikannya belum lagi dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Kedah . Tentang politik pula dia menasihatkan supaya mereka berhati2 dan tilik sehalus2nya.Kerana perkara politik ini perkara baru dalam masyarakat . Orang Melayu belum lagi mahir mengenainya.Jangan mudah terpengaruh . Mainan emosi akan merosakan diri dan seluruh masyarakat. Masyarakat akan mudah berpecah bila ditiupkan emosi dan semangat. Emosi dan semangat ialah makanan syaitan,dan mudah dia menyusup masuk dalam sanubari manusia.Biarlah contoh dari Adam dan Hawa memberi ikhtibar kepada kita. Di malam itu Pak Nor saja yang banyak bercakap. Mereka yang hadzir mendengarnya dengan penuh kepuasan. Hampir ayam kokok baru mereka semua pulang. Bulan sudah pun mula meniti di banjaran Bukit Enggang yang kelihatan begitu hudoh di sebelah barat.
untuk maklumat : Pak Nor pernah bertugas sebagai gurubesar di Sekolah Melayu Sik sebelum Sik Englih School di buka. Semasa Tuan Syed Abu Bakar membuka Sik English School dia masih
lagi bertugas . Setahun selepas itu dia bersara dan meninggal dunia di Mekah.(Al-Fatihah).

No comments: