BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Thursday, July 19, 2007
HARI GURU
Dah 12 tahun aku tidak merayakan Hari Guru bersama murid2 sekolah . Kerana aku dah 12 tahun pencen . Masa berjalan begitu pantas , aku menghitung2 masa . Bila tiba Hari Guru aku tak boleh mendiamkan diri , sebaliknya aku cuba menggali kembali detik2 semasa mula aku menceburkan diri sebagai guru . Ada masam-manisnya ketika bertugas dulu . Itu sudah lumrah hidup . Allah menyediakan kita liku2 dalam hidup untuk mematangkan kita , dan kita kena pandai menjanakannya . Guru dulu dan guru sekarang jauh berbeza . Dari segenap segi ada perbezaannya . Guru2 yang lebih awal dari aku mempolopori semangat menuntut kemerdekaan tanahair , membangunkan negara . Di zaman sekolah rakyat , kerajaan British tak ambil tahu tentang pendidikan orang2 Melayu . Di zaman itu guru adalah arkitek pendidikan . Mereka bukan saja arkitek dalam pelajaran , tapi juga arkitek membuat sekolah secara bergotong royong . Gaji guru diberi oleh orang2 kampong , disamping itu bahan makanan juga diberi oleh orang kampong . Tak dak cita2 nak tuntut kenaikan gaji . Kelas tambahan secara percuma di beri kepada murid2 . Sekarang elaun tuisyen menjadi isu . Elaun tambahan diberi untuk luarbandar . Dulu tak dak semua itu , walhal semua guru rakyat di zaman itu mengajar di luarbandar . Tugas ku sebagai guru terhimpit antara zaman dulu dengan zaman canggih sekarang . Semasa aku pencen komputer baru nak berkembang . Banyak guru belum lagi mahir berkomputer . Guru2 yang berijazah pun tertumpu di sekolah menengah saja . Itupun setakat ijazah pertama . Sekarang dah bercambah macam goreng pisang . Di sekolah rendah juga dah ada yang dapat masters' . Dulu lulus darjah lima dah boleh jadi guru . Guru2 yang lulus LCE pun dah cukup hebat . Boleh mengajar bahasa inggeris . Tapi yang aneh sikit ialah guru sekarang belum cukup mahir dalam bahasa inggeris . Pelajar2 yang lulus A1 dalam bahasa inggeris belum begitu pintar berkomunikasi dalam bahasa inggeris . Kalau dulu yang dapat F9 dah boleh bertutur inggeris macam ayiak . Teringat ku zaman dulu ada seorang posmen , namanya Ramaya .Dia cuma lulus LCE gred C saja , tapi boleh bercakap inggeris macam seorang professor . Kalau dia lulus LCE gred B atau A , dah tentu dia akan dapat jawatan guru . Dah tentu dia boleh ngajar bahasa inggeris . Dulu juga guru2 berkelulusan LCE membaca Straits Times , dan guru2 Melayu pula membaca Utusan Melayu edisi jawi . Cuba bandingkan berapa banyak yang boleh menguasai bahasa inggeris dan guru2 Melayu yang membaca jawi .BUKAN NAK MENGATA TAPI ITULAH SEBENARNYA , maaf kalau terasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment