Thursday, July 19, 2007

CANTIK OH CANTIKNYA !

Aku tulehkan tajuk , tapi aku tak tau apa nak tuleh seterusnya . Aku nak biarkan jejariku menjalankan tugasnya . Aku akan seperti biasa membiarkan ia berlari dan menari . Memanglah hasil menentukan nilai . Apakah nilai dasar yang ada pada semua makhluk Allah . Semua ada nilai dasar , tapi semua boleh memberikan nilai terbaik lagi . Ada yang bernilai statik dari hasil yang juga statik . Jemadad dan kebanyakan makhluk sebegitu . Tapi manusialah mengubahkan mereka menjadi terlebih bernilai . Tangan manusia mengubah dari tak bernilai menjadi lebih bernilai . Itu semua orang yang pernah masuk sekolah mengetahuinya . Tak payah aku nak suruh jejari ku menari dan menari lagi . Tongkol kayu yang tersorok di hutan , boleh di bawa ke kota . Kemudian di'diami' di dalam banglo besar yang kosnya berjuta . Ditempatkan di tengah banglo , di dalam cermin kaca .Bagaimana pula manusia sendiri ? Kita tau hasil dasar kita . Tiap hari kita bermain dengan hasil dasar kita . Tapi kalau itulah hasilnya yang kita banggakan , ia tak memberi nilai pada kita . ....aku tak tau adakah saudara2 yang membaca sketsa ini memahami maksud saya .............baiklah aku terus-terang ................hasil dasar manusia ialah yang setiap hari kita dok buang tu......ia tak bernilai . Kita buang begitu saja kerana membusukkan . Berbanding dengan bunga , bunga lebih hebat dari kita , kerana wangi bunga mempesonakan kita . Pokok buah2an juga hebat . Hasil mereka ialah buah2an yang berebut2 manusia membelinya . Dengan akal , ilmu dan iman manusia akan jadi lebih hebat lagi . Tak payahlah jejari saya menari lagi . Kerana semua dah bersekolah . Dah pandai main komputer pula tu .Sebaik2 makhluk Allah ialah manusia .......baiki diri , kenali minda sendiri , buat yang terbaik dan tercantik , kerana Allah suka yang cantik .CANTIK OH CANTIKNYA

No comments: