Pak Tuan kesepian sepanjang malam.Bulan menerang tapi pilunya hati memeram rasa.Cuma lagu keroncong saja dapat mengubati jiwa yang kusut.Bagaimanakah pula persaan CT pabila dirinya terpaksa berkahwin dengan pilihan ibunya ? Itu pun tak dapat ditanggong oleh Pak Tuan. Tapi itu bukanlah juga kehendak Pak Tuan,tapi hasrat ibunya.Memenuhi impian emak adalah juga satu ..........satu jasa yang perlu dibalas.Sambil memetik irama gundah-gulana , sambil bersiul ringan , entah apa seni-kata hanya tersirat dalam hati Pak Tuan.Pak Tuan saja yang dapat memilih kata-kata yang sesuai dengan rasanya hatinya , rasa yang tersirat yang tidak diketahui oleh sesapa saja. Akhirnya pak Tuan berserah pada Allah,kerana Allah adalah segala-galanya.Allah saja yang mengetahui segala hujung jatuhnya sesuatu. Sepanjang malam Pak Tuan mengharungi malam sepi sendirian.Kekawan guru yang tinggal serumah dengannya sudah jauh mengembara ke alam mimpi. Pak Tuan terlena seorangan di beranda rumah sewanya mengdakap guitar usangnya yang dibeli semasa di London dulu.Dan guitar itulah juga Pak Tuan pernah berduet bersama CT mendendangkan lagu" Goodbye My Sweetheart" di malam graduation di Kirkby.Pak Tuan mengdakap erat guitarnya dan berdengkor sehinggalah ke pagi.
Dalam mimpinya tidak lagi menyanyi lagu " Goodbye My Sweetheart " , tapi Pak Tuan menyanyi lagu, " Till We Meet Again " .
No comments:
Post a Comment