Bila nak buah setoi , kami dulu memunggal dengan sebatang kayu . Bila memunggal selalu mengenai sasaran . Itulah kepakaran budak2 dulu . Pandai memunggal . Musim buah setoi cukup gembira . Bila buah dah menguning beramai2 berhimpun di bawah pokok . Masing2 membawa garam untuk bahan cicahan . Huseng Che Nik cukup pakar memunggal . Kayu memusing naik keudara ,betul2 kena pada ranting setoi sekaligus menggoncang hingga luruh beberapa biji buah setoi . Buah di himpun kemudian di makan secara jemaah . Selesai makan beramai2 turun mandi pula di sungai . Berenang ke hulu ke hilir . Panjat tebing dan terjun turun ke air sebagai superman . Semua mandi dalam sut semulajadi . Boleh kenali hak sapa panjang atau pendek , hak sapa besar atau kecik . Ada yang sudah di potong dan ada yang belum dipotong . Yang belum bersunat , di sungailah tempat berlatih meloceh . Bila boleh loceh mudah dikerjakan tok mudim .
Hari ni ada orang berikan aku buah setoi , besar2 penumbuk . Dah lama aku tak makan setoi . Nak cari pokok setoi pun agar susah. Semua dah ditebang , dijual sebagai balak . Dua biji habis ku makan mencicahkan sambal belacan . Tak sampai sejam perut aku mula memberontak . Senak sana-sini . Terasa masing-masing mengejar hang-aku ke hulu ke hilir . Senaknya terasa di setiap penjuru usus bertaliarus . Puas aku menahan kesakitan . Tekan dengan jari sana -sini . Habis sebotol minyak angin aku sapu . Perut berminyak , senaknya tak juga reda . Adoi , sakit mak . Perut masa kanak-kanak dulu lebih hebat dari bila perut dah tua .Dulu tak pernah sakit . Antibodi cukup mantap .Adoi , maafkan aku . Aku dah tak boleh tahan . Maaf yer .
MALAMNYA AKU TAK TIDOQ NYENYAK,ADA REVOLUSI DALAM PERUT
Semalam aku tak dapat meneruskan penukilan ku pasai buah setoi . Perut ku cukup hebat memberontak asbab buah setoi . Hampir setengah jam aku di bilik sentosa . Membuang angin , membuang lendir , membuang jejair entah apa nama yang patut aku beri , aku tak tau .
Pagi ni saja baru ku baca kembali . Pagi ni aku masih lesu kerana kekurangan air dalam badan . Semalam entah berapa kali aku ke bilik sentosa , menkemut2 lubang ajaib ku untuk menteramkan suasana pemberontakan . Revolusi yang cukup hebat melanda dalam usus . Sebagaimana juga berlakunya dalam sejarah dunia revolusi demi revolusi apabila sesuatu tahap ketenteraman awam tak dapat dikontrol . Ada saja isu yang boleh mencetus huru-hara dalam negeri .
Pelarian anak negeri terpusu2 ke sempadan negeri membawa diri dan nyawa untuk terselamat dari suasana gempar yang berlaku . Di sempadan penuh sesak , himpit menghimpit nak keluar dengan segera . Checking point menjadi sibok dan para pegawainya juga terkemut2 macam lubang ajaib ku . Lubang ajaibku juga terus menerus terkemut2 memberi laluan kepada sesapa yang dah siap diproses dokumen2 penting yang perlu di bawa bersama . Dengan peloh membasahi badan mereka mengeluarkan bau hangit yang tak terperi lagi . Dan begitula juga ketulan2 taik dengan hanyir lendir dan apa lagi yang tersangkut di badan memberi satu suasana yang cukup tak aman pada setiap lubang hidong . Kembog-kempis dibuatnya .
Hari ini aku rasa cukup tak selesa . Perutku dah kosong . Air kurang dalam badan . Sesekali terdengar letupan bom berbunyi di sana-sini . Mungkin ada lagi anasir subversif yang masih bermaharajalela di kaki2 gunung . Bom berangkai juga ada kedengaran . Sesekali serangkap samar berdentum terpijak oleh yang cuba menyelamatkan diri . Mayat mangsa tersebut mungkin akan mengeluarkan bau yang lebih busuk lagi . Hangit pengit . Lubang ajaib dah tak kuat lagi mengemut . Silap haribulan mangsa yang busuk itu menyelinap keluar tanpa disedari oleh lubang ajaib . Dan pelarian itu akan dibelasah sehebat2nya nanti .
Hari ini pula ada banyak lagi kenduri . Aku tak tau apa harus aku buat . Tak pi salah , pi lagi banyak serba salahnya . Pastikan buah setoi tak mengamuk dalam balang anda . Kalau tidak tanggunglah revolusi yang akan berlaku . Pandai2lah . Jangan jadi macam aku . Diperbodohkan oleh buah setoi dua seduit . Aku tak marah pada buah setoi . Aku tak marah pada sesiapa . Aku cuma kesian pada lubang ajaib . Terpaksa buat kerja over-time . Terkemut2 saja .
Buah pelam putik pun kekadangnya boleh melancar revolusi . Buah kelubi cicah garam juga boleh menggugat keamanan dalam perut . Siksanya lubang ajaib . Kalau lubang ajaib berpenyakit buasir , parah jadinya . Boleh pi gitu saja .Jaga kesihatan diri , jangan layan sangat selera kita . Biar ia meleleh air lior . Jangan layan . Biar pi kat dia .Selamat jalan buah setoi ..........
SAYONARA.................
No comments:
Post a Comment