Dalam ketawa ada risau.Dalam ketawa ada duka. Dalam ketawa ada derita.Ada masaalahnya.Ada akibatnya.Ada hujung jatuhnya .Ada ketepianya . Sudahnya dan matlamatnya. Itulah ketawa-ketawa yang berleretan dibawa oleh Johng dan Usof Dollah. Dan akhirnya mereka tak dapat ketawa lagi. mereka bersedih sepanjang hari, kerana dah mula merasa kepedihan dan kesakitan yang di bawa oleh trajedi terjatuhnya dari belakang kuda pada beberapa malam yang lalu. Urat dan sendi2 mereka merasa kepedihan dan sakit sangat apabila membuat pergerakan . Nak bangun rasa sakit , nak duduk rasa sakit , nak berak rasa payah , bila berkentut pun bergeletar seluruh tubuh.
Tok Kaseng menuduh hantu di sungai tempat mereka bermandi-manda . Atau pun mungkin hantu di pokok jerai tempat budak2 suka bermain . Macam2 tuduhan dilemparkan . Tok Imam Mat Li di panggil untuk menghalau kedua2 budak tersebut,tapi kesakitan mereka tak juga reda. Akhirnya rahsia mereka terbongkar bila Johng terus-terang memberitahu bahawa mereka jatuh dari belakang kuda. Tok Kaseng dan Pak Dollah naik berang,tapi apakan daya anak2 mereka dalam kesakitan . Kalau tidak dah kedua2nya kena balon dengan ranting kayu. Menggeleng kepala Pak Dollah dan Tok Kaseng .
Malam nya Tok bomoh urut dipanggil untuk membetulkan urat-saraf mereka . Pak Teh Leh datang membawa daun mengkuangnya untuk membaiki urat2 mereka. Satu keistemiwaan Pak Teh Leh ialah , ia tak mengurut di badan orang2 yang sakit. Tapi ia urut daun mengkuang yang dibawanya . Tapi kesakitan urutannya itu terasa oleh orang yang diurutnya. Bergelisah Johng dan Usof apabila PakTeh Leh menggeselkan daun mengkuang pada bilah buluhnya. Menjerit kecil2an kedua mereka , nak menangis rasa malu kerana umur dah cukup tua. Dah baligh , kerana mereka dah pernah bermimpi dan mengeluarkan lendir melekat di celah paha mereka.
Sejak mimpi itu awang mereka mula nak menunjukkan kegagahan diri masing2. Suka membesar dan suka bermain angin dalam ketika2 yang tertentu. Tiap-tiap pagi dia suka bangkit junjung kain . Benda itu jadi hidup , berkedit-kedit macam anak haruan yang baru galak.
Berhati-hati bila menunggang kuda .
No comments:
Post a Comment