Thursday, July 19, 2007

KARTUN POPEYE THE SAILORMAN

Budak2 gemar menonton filem kartoon . Di antara banyak2 filem kartoon aku gemar menonton ialah kartoon POPEYE . Sokmonya kisah yang dibuatkan adalah repeatitive , tapi walaupun actionnya diulang-ulangi cara persembahannya cukup menarik . Popeye yang kurus kering selalunya berdepan dengan Brutus yang berbadan besar dan kuat. Brutus sentiasa membuli Popeye dan merampas isteri popeye dalam segenap episod. Tapi dapat juga Popeye menewaskan Brutus . Sebab utama kejayaannya mengalahkan Brutus ialah kerana bekalan SPINACH sentiasa berada dalam koceknya.Filem tersebut dibuat oleh Amerika untuk menggalakkan budak2 gemar memakan sayur2an. Sayur spinach ialah bayam dalam bahasa kita . Bayam memang banyak ditanam di Amerika. Mereka memang gemar memakan bayam . Di negara kita pun bayam mudah di tanam . Di tebing2 sungai bayam tumbuh liar . Bayam kurang diserang oleh musuh2 dedaunan. Cubalah tanam sebatas dua di depan rumah . Sudah cukup untuk saraan sekeluarga. Dalam masa 3 minggu sudah boleh dipetik daunnya. Batangnya yang lembut boleh beraksi sebagai fibre untuk melawaskan usus2 perut.Selain dibuat sayur atau ulam , daun bayam boleh dicelup dalam tepong ranggup dan digoreng . Ia menjadi ranggup macam kita goreng keropok. Anak2 kita juga tentu suka memakannya.Kalau ingin melihat anak2 kita kuat macam popeye mengapa tidak kita jamukan anak2 kita dengan keropok bayam. Boleh kita namai dia keropok popeye.Popeye the sailor man......heep-heep.

No comments: