Sunday, July 22, 2007

NOSTALGIA TAHUN 50AN...(3)......THE TRIO : SYED ABU BAKAR / DOLAH RENJONG / RAMJAN

Semasa Pak Tuan Syed Bakar mula2 membuka Sekolah Inggeris Sik,ada satu watak yang cukup istemewa . Istemewa pada Pak Tuan dan keseluruhan keluarga anak murid di sekolah. Murid2 cukup menghormatinya ,malahan akan patuh semua arahannya. Kekadang melangkahi power Pak Tuan. Dan pak Tuan pun tak pernah ambil kisah dengan peribadi ini. Dia bebas dalam apa saja urusan.Dan kekadang Pak Tuan sendiri memanggilnya Pengarah pelajaran Sik....Dia juga seorang manusia yang cukup ceria. Semua menjadi kawan padanya.Dia tak ada musuh pun walau sekerat inci. Pegawai2 Pejabat daerah pun menghormatinya. Dia mudah memberi pertolongan kepada sesapa saja,lebih2 lagi kalau seseorang itu ada urusan dengan Pak Tuan.Dan bila Pak Tuan tak ada dia yang menyeliakan sekolah.Dan mengajar murid2 sekolah setakat yang dia mampu.Dia juga ada sikit kebolehan dalam bahasa inggeris. Manusia istemewa ini ialah Dollah Renjong. Tak pernah Dollah renjong memasamkan muka.Always smile.
Disamping itu ada juga seorang lagi watak yang berkait rapat dengan sekolah Inggeris Sik . Watak kedua ini lebih kurang sama dengan Dollah Renjong,cuma kurang sikit peranannya dalam pentadbiran sekolah. Dollah Renjonglah yang melantik watak kedua ni membuka kantin untuk murid2 sekolah Inggeris.Dia cukup patuh diatas segala arahan Dollah,dan dia takut sangat pada Pak Tuan . Watak kedua ini ialah Ramjan. Dolah dan Ramjan ni asal dari satu kapal. Warna mereka lebih-kurang aja.Gerak geri bila bercakap pun lebih kurang sama,cuma Dollah lebih sikit dengan signal2 jejari ,tangan dan mimik mukanya. Kalau di pandang2 memang kedua2 ini mungkin lebih istemewa dari Mr.Bean. Cuma perwatakan mereka tak di eksploit oleh pihak radio dan televisyen. Kalau diketengahkan mereka boleh jadi selebriti istemewa .........tapi itulah mereka,dan Pak Tuan boleh mendapat ketenangan dari dua watak tersebut.....hilang tension...hilang segala keluh-kesah dan tiada ada gundah-gulananya.Pak Tuan juga menjadi manusia yang ceria.
THREE CHEERS FOR THE TRIO.........heep-heep , hooray X3

No comments: