Sunday, July 29, 2007

CIKGU DIN RADIO

Mula2 aku tulis tajuk begini PAK DIN RADIO , lepas tu aku ubah jadi CIKGU DIN RADIO .Pasai aku takut orang silap paham . Takut depa kata arwah Pah Din ,Radio Kedah FM . Satu Kedah kenal Pak Din Kedah FM . Seorang DJ yang cukup mantap . Ceria,hidup dan glamour . La ni kat Kedah FM , tinggal Mak Ngah saja .Yang lain muda2 belaka .
Entah tiba2 saja aku teringat kat cikgu Din radio . Seorang yang pintar dalam ilmu letronik . Tak mendapat pendidikan formal . Belajar melalui trial and error. Selok-belok radio dan TV dia tau . bukan pernah belajar di mana2 .Dialah cikgu dan dialah anak muridnya.Buku2 rujukannya ialah buku2 korea dan jepun . Dia cuma tengok diagramnya , dan dia paham apa maksudnya .
Dia tak tau bahasa inggeris . Tapi dia ambil peperiksaan amature radio dan lulus semua peringkat dan berhak memasang wireless di rumah dan di keretanya . Aku tanya macam mana jawab soalan bahasa inggeris .Dia kata tengok diagram, tau lah jawapannya. Semasa dia berinteraksi dengan kekawannya melalui radio ,sepatah habok pun aku tak paham . Yang aku paham 'out' dan 'over' saja. Kenalan dia serata dunia,bercakap bahasa radio . Baru2 ni dia sakit terok . Ingat tak boleh berkawan dengan dia dah. Sebelum dia sakit dia di lantik sebagai Pengerusi kumpulan Radio amature wilayah utara Malaysia. La ni dia tinggal di Semeling . Sebab dia dah pindah ,dah lama juga aku tak berjumpa dengannya. Doakan dia sihat . Isterinya Mak Mah cukup kamceng dengan isteri ku . Kami 4 orang bersama2 ke Mekah . Tinggal dalam satu maktab .
Pada satu hari semasa di Mekah dia ajak aku pi cari radio . Kami ronda seluruh bandar berjalan kaki . Akhirnya dia dapat sebuah radio . Radio buatan Russia.Dia kata baguih punya radio . Dia beli . Kastam di Mekah kata cukainya tinggi . Dia rongkah habis radio tu . Sampai di rumah dia akan pasang semula . Kastam di Malaysia hairan tengok tok haji bawa balik bangkai radio. Dia tanya berapa harga cukai bangkai radio . Pegawai kastam gelak saja . Dia jemput depa minum air zamzam . Habeh cerita .

No comments: