Hari isnin 22 Mei,2007 PM umum kenaikan gaji . Semua kakitangannya menyambut baik . Kenaikan yang tertinggi mengikut sejarah . Ia bermula dari 1 Julai . Tapi astro naik lebih awal lagi . Begitu juga tepong gandum . Astro mula naik Junlagi . Maknanya sebulan lebih awal. Pandai dia , selalunya dia terdepan . Barang2 lain cuma dok tunggu , buat marking-time . Walaupun diberi amaran oleh kerajaan , tapi mereka akan naik juga . Mereka akan berjaya juga . Kalu tak , mereka akan sorok-sana-sini . Akhirnya depa menang . Kerajaan akan surrender . Tengokla kalau tak caya sama aku .
Kakitangan yang akan terima kenaikangaji berjumlah cuma 1.2 juta orang . Tapi yang akan tanggung kenaikan harga barangan melebihi 25 juta orang rakyat biasa . Nampak semacam membela yang sedikit dan mengabai yang ramai . Susah nak pikiaq . Tapi rakyat nampak tak kisah saja . Kalau berlaku sebegini di negeri2 lain , wah rakyatnya akan bangkit . Baik sungguh rakyat Malaysia .
Hari selasa 23 Mei,2007 , aku sengaja buat tinjauan di pejabat2 kerajaan dan dua-tiga buah sekolah . Pergi bertegur-sapa yang aku kenal . Wadoooo, seronok betul mereka . Asyik dok kira berapa mereka akan dapat . Aku buat tak kisah saja . Pada hal aku juga dapat sebagai seorang pesara . Tapi aku tak gembira seperti mereka . Mungkin aku dah tua dan mereka semua lebih2 muda lagi . Yang aku dok pikiaq ialah pasai 25 juta lagi tu . Mereka akan menanggung beban kenaikan harga dari kenaikan gaji .
Lepas tu aku berhijrah ke pekan hari , pekan selasa . Aku hilir-mudik membawa lututku yang sakit , nak cari reaksi orang ramai . Tak dak sedikit habuk yang ku jumpai . Tak dak pun reaksi mereka , walaupun di tempat mereka berlepak , di warong2 yang kotor dan becak disebabkan hujan yang turun semalam . Yang ada terdengar cuma pasai AF5 , Mila jadi separuh jutawan . Itu saja . Cuma aku dapat merakamkan satu peristiwa yang tak lah begitu ghairah dan berahi tentang kenaikan gaji . Dari seorang penjual mempelam sala ini pula citernya . Dia melelong mempelam cukup murah . Setimba RM 5 ,beratnya lebihkurang 6 kilo . Kata2nya semasa melelong memikat jantungku ," Tuan2 gaji naik , mai beli mempelamku " . Terhiba sekejap benak ku menghidu harapannya . Aku beli setimba . Aku beri RM 6 ,dia sedekah kat aku lagi 2 biji . Kami sama2 bermesra . Jantung hati ku berdetik pilu . Kemudian anak ku juga membeli setimba beberapa jam selepas itu . Harganya menurun RM 3 setimba . Kemudian aku dapat ketahui harganya turun lagi sejam kemudiannya .
Pasai kenaikan gaji tu kerajaan perlu tambah perbelanjaan RM 6.8 billion setahun . Tau tak RM 6.8 billion ? Ialah , 6,800 million . Orang kita banyak yang tak tau nak beza million dan billion . Dipukulnya semua sama .....juta saja . Dan kenaikan COLA pula ialah RM 1.2 billion . Jumlah semuanya ialah RM 8.000 billion . Ini pendapat aku , tak kena mengena dengan orang lain . Kalaulah 8 billion tu digunakan untuk subsidi beras dan tepong setiap tahun , apakah cantiknya . Semua rakyat termasuk yang tak dapat naik gaji tu merasai harga beras dan tepong yang lebih murah . Kan kita semua makan nasi dan guna tepong untuk memasak kuih-muih ? Yang kaya pun makan , yang miskin pun makan . Semua dapat nikmat , tak dak yang nak meleleh ayiak-lior .
Pada aku kenaikan gaji tak akan menyelesaikan masaalah . Selagi sikap dan tabiat kita tak berubah . Berapa orang yang sanggup 'retain' standad hidup yang lama ? Tapi masing2 akan berubah mengikut cita-rasanya sendiri , semua akan berubah . Kita ubah standad kita sendiri . Kita ubah standad tu lah menyebabkan gaji tak cukup .Dulu jarang ke supermarket . Dulu jarang makan di luar . Dulu cuma makan temenung , jarang2 beli tenggiri dan jenahak . Dulu ada TV 16 inci jenama sanyo . Tapi kini dah berubah . Pi shopping kat SP ataupun AS , kekadang lajak sampai ke sempadan Siam . Mulalah nak ajar anak makan di KFC . Mulalah nak tukar TV , ambil TV 35 inci jenama sony pula . Dulu pakai proton , kini wah kita ambil vios pula . Naik la standad sikit . Peristiwa demi peristiwa terus berjalan . Apa nak dikata ? Yang untung penjual kereta . Yang untung penjual TV . Yang untung tauke KFC .
Lima tahun lagi mereka akan tuntut kenaikan gaji lagi . Aku pun akan dapat lagi . Kalaulah aku tak mati lagi . Kalau masih tak pandai mentadbir duit sendiri , sampai mati pun tak boleh kawal hidup ini . Jimat-cermat sanubari hati ku .Moga aku tak bankrup di dunia dan juga di akhirat .
Jangan joli sangat , ingat masa depan . Sekarang bila mati pun nak kena duit . Kalau tak dak duit , mayat tak jalan . Mati bukan free lagi .
No comments:
Post a Comment