Manusia di kurniakan akal oleh Allah . Akal mendorong kita ingin mengetahui sesuatu yang baru , yang belum kita kenali . Kita bertanya dan bertanya sehingga kita mengenali sesuatu ketahap kepuasan mengikut peringkat umur masing-masing . Kalau diceritakan juga melebihi dari yang patut , manusia itu menjadi lebih bengong pula . Lagi dia tak mengetahuinya sesuatu .
Jadi ingin bertanya atau menyoal adalah jambatan untuk membuka rahsia2 yang terlindong . Kita sangsi tentang sesuatu , bertanyalah kerana dengan itu terongkailah kesangsian . Kita sangsi kerana kita tak pasti tentang sesuatu . Tak pasti itulah membuat kita gelisah . Kalau selalu dalam kegelisahan , ia membuatkan kita cemas . Bila dah cemas mulakan kita berasa takut . Ketakutan pula membuat kita bertambah gelisah dan bertambah rasa cemas . Ketakutan , kegelisahan dan kecemasan akhirnya menjadi siksaan rohani . Rohani akan tersiksa , kekadang orang kata batin terseksa . Takut pada bebayang .
Oleh itu rajinlah bertanya apabila ada sesuatu yang kita tak tahu . Kalau anda seorang cikgu , biarlah anak murid bertanya . Latih mereka supaya rajin bertanya . Dulu2 orang2 tua memarahi anak suka bertanya . Bahkan ada guru2 yang ditakuti sehingga mereka gentar nak bertanya sesuatu . Itu membantutkan pelajaran mereka .
Kekadang soalan kanak2 juga susah nak dijawab . Kita gunakan kepintaran kita untuk memuaskan kesangsian mereka . Soalan2 tentang ketuhanan sokmo di aju oleh mereka . Bukan senang kita nak menjawabnya . Cuba jawab soalan2 ini :
Pasai apa tuhan tak nampak ?
Macam mana adik masok dalam perut mak ?
Adik keluar kut mana ?
Sapa buat adik ?
Wah,wah..........aduuuh bukan senang nak menjawab .
Payah lagi nak jawab soalan kubur.
Siapa Tuhan kamu ?
Siapa Nabi kamu ?
SELAMAT MENJAWAB
No comments:
Post a Comment