Thursday, July 19, 2007

FRAGMEN NOVEL-------SAMBUNGAN (3)

Beberapa hari lepas bersunat, Ca dah cukup semboh dan siyor.Tapi masih berjalan mengengkang-ngengkang kerana geli tersentuh kepala dengan kain.Temoloknya masih besar,kerana Ca suka minum banyak air. Lukanya cepat siyor kerana dia minat makan ikan becat dan haruan .Sekarang dia dah jadi kawan baik Tok Che Teh mudim.Tok Che Teh pun dah pandai ambil hatinya.Tiap hari Ca mengengkang-ngengkang pergi rumah tok mudim. Dia selak kain tunjuk kat tok mudim .Tok mudim kagum dengan pahlawan Ca,cepat membesar dan boleh memuaskan nafsu isterinya. Tok mudim memberkaskan pahlawan Ca dengan daun pisang muda supaya temoloknya cepat kecut. Bila temolok dah mengecut dia dilihat lebih gentlemannya.Awang zeming lansung tak pergi rumah tok mudim , kerana mak dia gempar dia tok mudim akan potong sekali lagi.Padahal mak dia takut dia langkah tahi ayam.Kalau langkah tahi ayam,lambat siyor. Tiap2 hari dengar zeming keriau,kerana Huseng keling suka usek dia.Huseng selalu pergi tengok dia.Mereka hidup berjiran.Huseng gerepak Zeming bahawa kepala pahlawannya akan luroh .Kalau kepala luroh dia akan jadi pondan.Lepas itu Zeming kena pakai pakaian perempuan.Buboh mulut merah dan pakat kasut tumit tinggi.Tok Tanjung hari2 marahkan Huseng kerana suka mengusek anaknya. Kat huseng boleh kata apa saja,dia tak ambil kisah. Lagi marahkannya,lagi kerenyeh .Kerenyeh tak putus-putus.Ca dan tok mudim makin akrab , hari2 Ca tak lepas peluang bersamanya. Ca bercita2 satu hari nanti dia akan jadi tok mudim.Dia nak ganti Tok Che Teh sebagai mudim,bila mata dia dah tak bergari lagi.Bila mata tak tajam , bahaya jadi mudim. Takut tersilap potong.Itulah langkah pertama ajaran tok mudim pada Ca. Ca menganggok bahawa dia paham.Dan berbagai pantang larang di ceritakan oleh tok mudim.Ca menganggok2 macam pokka tanda paham. Yang ca paling minat ialah ubah-suai orang2 tua. Orang2 tua banyak dah buat ubah suai dengan tok mudim.Tok Diah dah 3 kali ubah-suai.Bila buat ubah-suai ia akan kembali garang.Pick-upnya lebih mengancam. Bila dah bersunat bermakna kain selimutnya dah tak ada.Jadi sentiasa terdedah kepada angin . Kesejukan angin membuatnya girang.Dia akan bangkit awal dari tuannya.Tiap2 pagi dia akan junjung kain tuannya. Ca melihat kepelekan berlaku dalam dirinya. Baru dia faham bahawa benda itu hidup . Esok Ca akan pergi bertanya lagi kat tok mudim .Berbulan lamanya Ca bermesra dengan tok mudim . Kedua-dua mereka akan terlihat ketawa berdekah2 . Orang2 perempuan hairan melihat kedua2 mereka berdekah2,lebih2 lagi apabila balik dari mandi di telaga.Ca dah paham semuanya. Tok mudim dah tak silu-silu lagi memberi tunjuk ajar pada Ca. Bila Ca bermimpi tok mudim suroh cerita padanya. Tok mudim akan tambah ilmunya pada Ca. Setiap malam Ca menunggu mimpi supaya esoknya dapat dia ceritakan pada tok mudim.

No comments: