Saturday, July 21, 2007

KAWANKU AJALMI " TONY BLAIR "

Kepenatanku semalam menyebabkan diriku gelisah sepanjang malam . Hampir pukul 2 pagi baru dapat ku lelapkan mataku . Macam-macam muncul dalam mimpiku . Tak dapat nak ku ceritakan kerana sesetengah peristiwa itu aku tak ingat . Aku sekarang ni cepat sangat lupa . Ingatanku tak semacam dulu lagi.Bila dah tua ni macam2 kekurangan ada dalam diri . Tapi sebenarnya mengikut kata2 kawan ku Ajalmi yang bermastautin di England , yang pernah ku ceritakan dalam ceritaku yang lalu , juga yang aku panggil Tony Blair , mengatakan melalui emelnya kepada ku , bahawa orang tua ni lebih istemewa dari orang muda. Bila aku membaca emel dari Ajalmi , aku sedar , memang ada banyak istemewanya pada orang tua . Aku akan cuba senaraikan kata2 Ajalmi itu .
1. Orang tua sangat istemewa kerana di atas kepalanya ada perak . ( When you grow old ,you have silver on your head.)
2. Orang tua ada batu dalam pundi2 kencing .( You have stones in the bladder)
3. Orang tua ada gula dalam air kencing .( You have sugar in your urine).
4. Orang tua ada emas dalam mulut .( You have gold in the mouth )
5. Orang tua ada berbagai mineral dalam darah. ( You have lead in the blood ).
Dan banyak lagi barang2 istemewanya , tapi aku pun dah lupa , dan kerana itu tak dapat ku catitkan di sini. Cuba awak fikirkan apa lagi barang2 istimewa itu yang boleh didapati pada orang tua. Aku malas nak fikir perkara2 tersebut , kerana keistimewaan itu lah membebankan hidup kami . Hidup kami tercungap2 jadinya. Macam kereta tua , sat rosak sini ,sat rosak di sana . Bawa pi ke pomen , dia kata nak kena cari barang dulu . Mungkin boleh dapat di kedai keling botoi . Lepas itu alighment pula rosak . Ada2 saja . Lantainya bocor sana sini , musim hujan habis basah .
Setiap tahun Ajalmi balik ke Malaysia , dan setiap kali dia balik Ajalmi akan menjengah ke rumahku . Macam2 cerita yang dia bawa dan macam2 cerita pula dia nak dengar dariku. Selalunya dia bertanya " siapa lagi kawan kita yang dah mati ?". Aku beri tau dia yang aku pun dah mati . Ajalmi tersentak terkejut " Mati apa ? ". Aku jawab ," MATI PUCUK". Kami ketawa terbahak-bahak. Dan tahun depan bila dia balik ada cerita lain pula, itupun kalau umurku masih panjang .

No comments: