Esok-lusa kita akan sambut 50 tahun merdeka . Sambutan sokmonya pada tahun2 yang berlalu cukup meriah . Cukup hebat . Habis duit berjuta ringgit . Duit negara . Duit rakyat . Rakyat membayar segala cukai . Dari cukai belacan yang busuk dan segala barangan dan perkhidmatan . Adakah memadai nak tunjuk kemajuan kita pada hari tersebut , padahal masih lagi terdapat beberapa kekurangan dalam infrakstruktur pembangunan insan . Apakah salahnya kalau kita sambut cara sederhana , tak payah anak-anak sekolah berlatih dan beraptai berbulan untuk pertunjukan di hari tersebut . Duit dapat kita jimat , masa dapat kita manfaatkan untuk kerja2 yang lain . Kerja2 yang lebih bermakna . Tak payah pelajar2 kita membazirkan masa pembelajaran mereka . Ini pendapat aku . Aku ingat aku ada hak untuk bersuara , kerana negara kita negara demokrasi . Bersuara untuk kebaikan . Bukan untuk berbohong . Aku tau berbohong tu dosa , balasannya kena kerat lidah . Lidah dusta kena potong . Aku percaya balasan tu , kerana ia datang dari Nabi s.a.w . Kalau ada orang tak percaya , dia tu boleh pi .
Kita kena check standad pembangunan kita . Aku nak cakap satu perkara saja , yang lain2 tu tengok dan pikiaq yang mana patut . Perkara yang aku nak kata ialah pembangunan di kampong2 . Satu saja aku nak cakap iaitu pasai jalan mini-tar . La ni penuh kampung2 kita dah diturap dengan mini-tar . Ada yang masih elok dan ada yang penoh dengan lubang . Berlopak2 . Belum cukup masa hayatnya , dia sudah rosak . Dari pemerhatian ku , kerja buatnya tak ikut standad . Maknanya ada penipuan , kalau boleh saya pinjam kata penipu . Macam mana tak kata tipu kerana tebalnya tak ikut standad . Tempat2 yang nipis relai berkecamok di terajang oleh roda2 yang bergolek. Depa nak untung besar . Apa guna untung duit , tapi dari segi dosa rugi yang tak kesudahan . Balasannya ada sikit2 di dunia yang banyaknya ditangguh ke akhirat . Bila berdoa tu nak hasanah di dunia , nak hasanah di akhirat . Tapi kita cakap tak serupa bikin .
Dah 50 tahun merdeka , aku pikiaq dah tak releven lagi dengan mini-tar . Orang Sik kata " Bho jerelus sebute keta , tak leh seliseh " . Sempit sangat , susah bergerak . Kemajuan yang penuh dengan kesusahan . Sekarang banyak dah ada kereta motor . Harga kereta secondhand lebih murah dari motosikal . Pi la kampong mana pun dah penuh kereta motor . Basikal orang tak naik dah . Malas nak kayoh . Padahal basikal ialah satu agen memberi kita sihat . Orang2 cina di Beijing masih banyak lagi kayoh basikal . Orang kaya2 pula la ni suka kayoh basikal . Depa kayoh basikal dalam rumah . Pakat semua anak bini berkayoh dalam rumah . Yang pelek lagi orang kita ni , di kiri-kanan jalan mini tu pakat himpit buat pagar . Buat pagar rapat dengan jalan . Lepas tu pula tanam pokok berderet di tepi jalan . Bila pokok tu besar , ranting2 tu hulur masuk kejalan , mengundang bahaya pada orang lalu-lalang . Lori masuk nak hantar binaan rumah pun payah . Tayar tindih jubin jalan , terpokah tar yang nipis tu . Maklumlah lori tu berat dengan pasir dan simen . Lima tahun pula buat tender lain . Kontrek lain pula dapat , buat gitu juga tak ikut standad . Bukankah itu pembaziran ? Pembazir tu ikhwan syaitan ...nauzubillah . Lain kali buatla luas sikit , sekurang2nya boleh kereta berselisih . Kalau mudah pun bukan orang lain , orang kita juga . Untuk paklong pakngah kita . Untyuk anak-cucu kita . Untuk bangsa kita . Tak rugi kita buat kebaikan . Ada balasan pahala di akhirat . Jangan kedekut buat pahala . Ia membantu kita di akhirat .
Yang sedih lagi jalan tu herot-petot ,buatla lurus sikit . Tuan tanah pun kenala korban sikit . Kalau sebatang pokok kita korban untuk ditebang ,cuba pikiaq berapa banyak pahala yang dapat . Duit tu duit la . Tapi pahala ikhlas kita mungkin lebih besar dari Gunung Jerai . Sesetengah tu pula tak bagi jalan nak masukkan paip-air . Awat ! paip tu akan dikambuih . Bukan nak biar melintang pukang . Bila kambuih pun bukan dia nak tumbuh akar dan curi baja2 pokok kita . Dia tak tumbuh akar . Nak pacak tiang letrik pun tak bagi . Bukan tiang tu nak beranting dan bercabang . Dia dok terpacak macam tu la sampai kiamat . Ni , semua paip air dan tiang letrik berderet di jalan yang sempit tu juga . Kita kena buka tirai sikit . Pikiaq dan renung jauh2 .Jangan berpikiran sempit . Macam katak di bawah tempurong . Aku masih ingat masa aku kecik2 dulu , tok chei aku beritahu : buang ranting kayu tengah jalan , buang duri tengah jalan boleh masuk surga .
Ini harapan aku la ........sesuai dengan 50 tahun merdeka , baik lah kita ubah-suai jalan mini-tar . Buat maxi . Buat besar sikit . Dan buat bagi tahan lama . Maknanya buat bagi kukuh . Jangan kecoh , jangan tipu . Yang kita belanja tu duit kita . Duit kerajaan tu duit kita bersama . Kalau kita tipu , maknanya kita tipu 27 juta rakyat Malaysia . Kalau la begitu , bagaimanakah dosanya . Bukan kita tipu seorang rakyat Malaysia , tapi 27 juta rakyat Malaysia .....astagfirullah .
Aku ibaratkan sketsa ku ini ialah sebuah 'hantaran' untuk semua rakyat Malaysia .Yang hidup pasti akan mati..........kemudian kita akan hidup semula selama2nya .....abadan-abada .
MERDEKA DARI SEGALA DOSA
No comments:
Post a Comment